Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) telah diwujudkan bertujuan membolehkan golongan sasar (petani dan usahawan) mendapat pendedahan mengenai teknologi pertanian yang terbaru dan turut menitikberatkan pemantauan ke atas projek pertanian @ perusahaan agar berlandaskan amalan yang betul dan pada standard yang terbaik.
Komponen SPTP IAT Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah meletakkan sasaran projek usahawan yang mana pengeluaran tahunan projek tersebut adalah RM 240,000.00 ke atas/setahun. Sebanyak 7 projek telah dikenalpasti mencapai kriteria tersebut dan 2 kumpulan pemantauan telah ditubuhkan untuk tujuan ini.
23 Mac 2010
Lawatan pemantauan SPTP IAT dimulakan ke projek kopi di Kulim. 2 kumpulan pemantauan digabungkan pada lawatan pertama ini untuk memberi kefahaman kepada ahli SPTP IAT mengenai tatacara pemantauan SPTP ini.
Rombongan kami disambut oleh pemilik kilang, Tn. Hj. Mohd b. Chin dan seterusnya taklimat mengenai kilang disampaikan oleh pengurus kilang kopi ini, En. Farizal b. Dollah. Pemantauan kami seterusnya dijalankan dengan memasuki kawasan operasi kilang.

Kilang kopi didirikan di Kg. Durian Burung, Serdang, Kulim.
Produk kopi atas jenama Kopi Cap 2 Daun
Kawasan operasi: pemasakan biji kopi
Sesi perbincangan dengan pengurus kilang, En Farizal b. Dolah (berbaju oren)
Selepas pemantauan di kilang, kami dibawa ke tapak pembinaan kilang yang baru. Kilang baru yang bakal didrikan ini dijangka akan siap penghujung tahun ini dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah akan berusaha menjadikan projek ini sebagai perintis usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang memperoleh persijilan GMP.
Pemilik projek, Tn Hj Mohd b. Chin menunjukkan kawasan yang bakal didirikan kilang kopi.