Bahagian Industri Asas Tani (IAT)

Selamat Datang ke Laman Info Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Kedah

2:52 PM

Seminar Industri Asas Tani 2009

Posted by Yumin (IAT)


Tahun 2009, Seksyen Industri Asas telah melabuhkan tirai aktivitinya dengan Seminar Industri Asas Tani pada 7 hingga 10 Disember 2009 bertempat di SP Inn, Sungai Petani. Seminar ini disertai oleh seramai 20 pegawai dan 110 usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Kedah.
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkhidmatan Jabatan Pertanian seperti bantuan dan geran, pembungkusan Wanis, amalan GMP dan penambahbaikan mutu dan kualiti produk. Selain itu, maklumat seperti pembiayaan dari SME Corp, TEKUN dan AgroBank, prosedur pendaftaran perniagaan dari SSM, persijilan halal dari JAKIM dan inovasi mesin minyak kelapa dara dari Pusat Kejuruteraan Pertanian Telok Chengai turut disampaikan dalam kertas kerja sepanjang seminar ini.

Pengarah Pertanian Negeri Kedah bersama peserta Seminar IAT 2009

Pengarah Pertanian Negeri Kedah bersama urusetia Seminar

Lawatan ke pameran produk IAT Daerah di lobi hotel
(Gambar: Produk hasilan kelapa- minyak kelapa dara, biskut herba, losyen dan sabun minyak kelapa dara oleh usahawan daerah Yan, En. Yusoff bin Lon)

12:57 AM

Welcome...

Posted by Yumin (IAT)


Selari dengan kehendak Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk sentiasa menyampaikan informasi terkini mengenai program dan aktiviti Jabatan kepada pelanggan khususnya kepada petani dan usahawan, Bahagian Industri Asas Tani telah mengorak strategi untuk membuka satu platform di mana di segala info mengenai Pembangunan Industri Asas Tani dapat disampaikan dengan mudah melalui internet.

Diharapkan blog ini turut dimanfaat oleh pegawai kerajaan, usahawan, petani dan juga orang awam untuk mendapatkan maklumat, berkongsi pengalaman dan bertukar - tukar pendapat.