Bahagian Industri Asas Tani (IAT)

Selamat Datang ke Laman Info Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Negeri Kedah

2:10 AM

Pemantauan Projek SPTP IAT

Posted by Yumin (IAT)


Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) telah diwujudkan bertujuan membolehkan golongan sasar (petani dan usahawan) mendapat pendedahan mengenai teknologi pertanian yang terbaru dan turut menitikberatkan pemantauan ke atas projek pertanian @ perusahaan agar berlandaskan amalan yang betul dan pada standard yang terbaik.

Komponen SPTP IAT Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah meletakkan sasaran projek usahawan yang mana pengeluaran tahunan projek tersebut adalah RM 240,000.00 ke atas/setahun. Sebanyak 7 projek telah dikenalpasti mencapai kriteria tersebut dan 2 kumpulan pemantauan telah ditubuhkan untuk tujuan ini.

23 Mac 2010
Lawatan pemantauan SPTP IAT dimulakan ke projek kopi di Kulim. 2 kumpulan pemantauan digabungkan pada lawatan pertama ini untuk memberi kefahaman kepada ahli SPTP IAT mengenai tatacara pemantauan SPTP ini.

Rombongan kami disambut oleh pemilik kilang, Tn. Hj. Mohd b. Chin dan seterusnya taklimat mengenai kilang disampaikan oleh pengurus kilang kopi ini, En. Farizal b. Dollah. Pemantauan kami seterusnya dijalankan dengan memasuki kawasan operasi kilang.
Kilang kopi didirikan di Kg. Durian Burung, Serdang, Kulim.

Produk kopi atas jenama Kopi Cap 2 Daun

Kawasan operasi: pemasakan biji kopi

Sesi perbincangan dengan pengurus kilang, En Farizal b. Dolah (berbaju oren)

Selepas pemantauan di kilang, kami dibawa ke tapak pembinaan kilang yang baru. Kilang baru yang bakal didrikan ini dijangka akan siap penghujung tahun ini dan Jabatan Pertanian Negeri Kedah akan berusaha menjadikan projek ini sebagai perintis usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Kedah yang memperoleh persijilan GMP.

Pemilik projek, Tn Hj Mohd b. Chin menunjukkan kawasan yang bakal didirikan kilang kopi.


1:56 AM

Taklimat Penggunaan Alat GMP

Posted by Yumin (IAT)


Pada 14 Mac 2010, satu mesyuarat Bahagian Industri Asas Tani bersama pegawai pembimbing IAT daerah telah diadakan. Atas kesempatan itu, satu taklimat penggunaan alat GMP telah disampaikan oleh pembekal AR Alatan Sains.

Maklumat lanjut mengenai alat-alat ini akan di'update' sedikit masa lagi.

Penerangan penggunaan alat-alat GMP oleh pembekal AR Alatan Sains

1:34 AM

Karnival Usahawan Anjuran FAMA

Posted by Yumin (IAT)


Pada 4 Mac 2010, satu karnival usahawan telah diadakan bertempat di ruang legar pusat beli-belah Star Parade, Alor Star. Karnival anjuran FAMA ini berlansung selama 3 hari bermula 4 mac hingga 6 Mac. 2 usahawan Jabatan Pertanian telah dijemput untuk menyewa tapak promosi di situ.
Karnival Usahawan di Ruang Legar Star Parade, Alor Star

Usahawan bimbingan Jabatan Pertanian, Pn. Shuhaida bt Ahmad yang menjalankan projek bahulu

Usahawan bimbingan Jabatan Pertanian, En. Mohd Yusoff b. Lon yang menjalankan projek minyak kelapa dara dan hasilan kelapa yang lain (biskut herba, losyen, sabun dan sebagainya)

4:07 AM

Zon Pemprosesan Makanan

Posted by Yumin (IAT)

Tahun ini, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah memberi tumpuan ke arah mewujudkan Zon Pemprosesan Makanan (ZPM).Usahawan-usahawan yang terpilih akan ditempatkan semula ke zon pemprosesan makanan ini dan perusahaan mereka akan dapat dipertingkatkan ke arah yang lebih tinggi melalui bantuan peralatan dan penaiktarafan kilang ke arah GMP. Ini seterusnya memberi kelebihan kepada usahawan tersebut untuk mendapatkan pengiktirafan seperti sijil Halal, GMP, HACCP dan sebagainya. Melalui program promosi Jabatan,secara tidak langsung, jaminan pasaran produk mereka pastinya akan terbentang luas ke seluruh negara maupun ke pasaran dunia.

Oleh itu, pada 3 Mac 2010, Bahagian IAT telah membuat lawatan tinjauan ke beberapa tapak zon yang telah dikenalpasti.

Pejabat pentadbiran PKNK untuk Taman Halal, Lot Perindustrian Taman Ria, Sg. Petani

Lot kilang yang dikenalpasti akan dijadikan Zon Pemprosesan Makanan Jabatan Pertanian. Dijangka siap pada bulan Jun 2010.

Kawasan Industri IKS di bawah Keda yang turut akan dicadangkan untuk dijadikan ZPM.



3:05 AM

Pertandingan Usahawan Jaya 2010

Posted by Yumin (IAT)

HARI KEDUA (27 JANUARI 2010)
Lawatan panel hakim seterusnya adalah ke projek Pn. Faridah Arkiah di Kampung Raga, Yan yang mengusahakan projek bahulu sebagai pengeluaran utama selain turut mengeluarkan makanan tradisional yang lain seperti kuih bakar dan kuih gunting. Usahawan ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Usahawan Terbaik Wanita Jabatan Pertanian Negeri Kedah tahun 2009.
Pn. Faridah @ Arkiah bt Bakar bersama panel hakim

Usahawan ini turut menjadikan premis beliau sebagai pusat pengumpulan produk usahawan lain di sekitar Yan.Ini memudahkan pemborong untuk mengambil produk usahawan secara setempat.


Lawatan terakhir adalah ke projek hasilan roselle oleh En. Abdul Hamid b. Abdullah di Pusat Inkubator Charok Padang, Sik. Buat masa ini, produk roselle yang dikeluarkan adalah jus, kordial, jem, halwa dan teh roselle.
Usahawan roselle, En. Abd. Hamid Abdullah bersama panel hakim

Antara produk roselle keluaran Dusun Pengapit Enterprise

1:05 AM

Pertandingan Usahawan Jaya 2010

Posted by Yumin (IAT)

HARI PERTAMA (26 JANUARI 2010)
Tahun ini, Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah mencalonkan 3 usahawan untuk bertanding dalam Pertandingan Usahawan Jaya 2010. Panel hakim pada tahun ini adalah Cik Zaliha Othman dan Pn. Salmah. Pada 26 Januari 2010, rombongan ke daerah Kubang Pasu untuk ke projek pemprosesan kerepek ubi dan pisang, En. Eliyas Hashim. Usahawan ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Usahawan Terbaik Lelaki Jabatan Pertanian Negeri Kedah Tahun 2009.

Usahawan kerepek, En. Eliyas Hashim bersama isteri

Kilang pemprosesan kerepek ubi dan pisang di Kampung Pelubang, Jitra, Kedah

Pandangan dalam kilang

Sesi soaljawab bersama panel hakim, Cik Zaliha Othman dan Pn. Salmah

12:05 AM

Sesi Temuduga PBU 2010

Posted by Yumin (IAT)

Sesi temuduga Kursus Keusahawan Pemprosesan Makanan telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian (PLP) Telok Chengai pada 18-19 Februari 2010. Sesi ini diketuai oleh En. Ngaijan Agale, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian Malaysia,Putrajaya. Seramai 50 calon temuduga daripada Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah dipanggil untuk sesi temuduga ini namun hanya 30 calon yang hadir.

Kursus Keusahawan Pemprosesan Makanan adalah kursus jangka panjang selama 6 bulan dan peserta akan ditempatkan di Pusat Bimbingan Usahawan dan akan mengikuti modul-modul serta latihan praktikal untuk membentuk keusahawanan dalam diri peserta tersebut. Tahun ini, kursus ini dijadualkan akan bermula pada Mei hingga November 2010.



Taklimat kepada calon temuduga oleh En. Ngaijan Agale, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian IAT, Jabatan Pertanian Malaysia, Putrajaya


Pusat Bimbingan Usahawan (PBU) Telok Chengai yang menjalankan
modul kursus bakeri dan sejukbeku